Pada 9 Oktober 2019,kami dari kumpulan 13 dari kursus ppd1041 telah membuat satu projek tentang cara menceriakan landskap di sekitar FSSK dengan memelihara dan memulihara pokok Tecoma. kami sekelas telah dibawa oleh Dr Siti Zanariah untuk melawat ke tapak pokok Tecoma yang hendak dijalankan di sekitar kawasan fakulti sains sosial. Terdapat banyak pokok Tecoma yang ada di sekitar FSSK.
Semasa berada di kawasan pokok Tecoma tersebut, kami diberi pengetahuan tentang pokok serta penjelasan daripada pensyarah . Selain itu, kami juga diberi tugasan setiap individu untuk menjaga setiap pokok yang dipilih hasil dari cabutan undi yang dilakukan. Selepas habis melawat ke tapak projek yang hendak dijalankan kami pun balik ke kelas dan membincangkan strategi yang hendak dilakukan terhadap pokok Tecoma tersebut.
Gambar di atas ini merupakan gambar pokok Tecoma yang ada di UNIMAS yang berdekatan dengan jambatan. Gambar ini diambil semasa musim pokok Tecoma yang berbunga dengan cantik sekali pada bulan September tahun 2019 ini.
No comments:
Post a Comment