Saturday, November 30, 2019

PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMILHARAAN



      Hari untuk menjalankan projek pokok Tecoma pun bermula pada 20 November 2019, kami dari kumpulan 13 dengan Dr Siti Zanariah yang merupakan pensyarah yang akan memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menjayakan projek ini. Sebelum memulakan projek, kami berkumpul di lobi FSSK pada pukul 7:00 pagi untuk penerangan yang kali terakhir sebelum masing-masing melakukan projek pemuliharaan pokok Tecoma tersebut. 
    Dalam program projek itu, kami juga diberikan ceramah oleh Encik Jamli yang merupakan unit landskap UNIMAS berkaitan dengan beberapa cara serta teknik yang betul untuk membaja serta menabur dengan taktik yang sesuai.
       Kemudian, pada pukul 730 kami memulakan aktiviti kami dengan aktiviti zumba untuk permulaan aktiviti program tersebut, selepas itu, pada pukul 8 kami pun berehat dan menjamu sarapan yang disediakan oleh AJK makanan iaitu sandwich dan ai teh.Selepas habis bersarapan , kami pun memulakan aktivtiti menanam pokok Tecoma.




  Selepas itu, kami pun menjalankan tugas kami dengan membersihkan kawasan pokok Tecoma masing-masing dengan membuang lumut yang lekat di pokok serta  menebas rumput. Setelah melakukan tugas tersebut, kami meneruskan tugas kami yang seterusnya dengan menambahkan tanah di sekitar pokok tersebut seterusnya ditaburkan baja. Setelah siap menlaksanakan tugas tersebut, kami pun membersihkan semua peralatan yang digunakan dan meletakkan di tempat yang sepatutnya. Akhirnya, kami telah pun berjaya melaksanakan projek tersebut dan sebelum bersurai kami dihidangkan makanan tengah hari yang dimasak oleh Dr Siti Zanariah iaitu nasi goreng cina .   
   
    Sekian la, aktiviti yang dijalankan oleh kami semasa projek ini dilangsungkan. Harap pokok Tecoma dapat berbunga dengan cantik dan menceriakan landskap FSSK. 

No comments:

Post a Comment