Academic Advisor saya ialah Encik Awang Mashabi. Beliau merupakan penasihat akademik saya sepanjang saya belajar di UNIMAS. Sekiranya ada mengalami masalah dari segi akademik bolehlah berjumpa dengan beliau kerana beliau akan membimbing kita dengan baik serta memberikan kita serba sedikit nasihat supaya kita tidak mudah putus asa apabila kita mengalami masalah dalam masalah pelajaran mahupun masalah yang lain.
Selain itu, beliau juga ada menyatakan sekiranya kita hendak berjaya dalam hidup, kita haruslah berkorban masa dan tenaga untuk akademik kita, kerana ini dapat memastikan masa depan kita cerah dan sekali gus dapat membanggakan ibu bapa kita yang telah bersusah payah membesarkan dan memberi kehidupan yang baik kepada kita sejak kecil lagi. Oleh itu, kita haruslah sentiasa mengingati motif kita memasuki Universiti adalah untuk menjadi seorang yang berjaya di masa yang akan datang.
Sir Awang Mashabi memaparkan keputusan yang harus dicapai sekiranya ingin mendapat gred yang baik dalam setiap sem serta memberitahu bahawa kita harus rajin belajar supaya dapat mencapai gred yang kita inginkan dan menjadi pelajar yang cemerlang.