Saturday, November 30, 2019

MEET ACADEMIC ADVISOR

      Academic Advisor saya ialah Encik Awang Mashabi. Beliau merupakan penasihat akademik saya sepanjang saya belajar di UNIMAS. Sekiranya ada mengalami masalah dari segi akademik bolehlah berjumpa dengan beliau kerana beliau akan membimbing kita dengan baik serta memberikan kita serba sedikit nasihat supaya kita tidak mudah putus asa apabila kita mengalami masalah dalam masalah pelajaran mahupun masalah yang lain. 
       Selain itu, beliau juga ada menyatakan sekiranya kita hendak berjaya dalam hidup, kita haruslah berkorban masa dan tenaga untuk akademik kita, kerana ini dapat memastikan masa depan kita cerah dan sekali gus dapat membanggakan ibu bapa kita yang telah bersusah payah membesarkan dan memberi kehidupan yang baik kepada kita sejak kecil lagi. Oleh itu, kita haruslah sentiasa mengingati motif kita memasuki Universiti adalah untuk menjadi seorang yang berjaya di masa yang akan datang. 



     Sir Awang Mashabi memaparkan keputusan yang harus dicapai sekiranya ingin mendapat gred yang baik dalam setiap sem serta memberitahu bahawa kita harus rajin belajar supaya dapat mencapai gred yang kita inginkan dan menjadi pelajar yang cemerlang.

PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMILHARAAN



      Hari untuk menjalankan projek pokok Tecoma pun bermula pada 20 November 2019, kami dari kumpulan 13 dengan Dr Siti Zanariah yang merupakan pensyarah yang akan memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menjayakan projek ini. Sebelum memulakan projek, kami berkumpul di lobi FSSK pada pukul 7:00 pagi untuk penerangan yang kali terakhir sebelum masing-masing melakukan projek pemuliharaan pokok Tecoma tersebut. 
    Dalam program projek itu, kami juga diberikan ceramah oleh Encik Jamli yang merupakan unit landskap UNIMAS berkaitan dengan beberapa cara serta teknik yang betul untuk membaja serta menabur dengan taktik yang sesuai.
       Kemudian, pada pukul 730 kami memulakan aktiviti kami dengan aktiviti zumba untuk permulaan aktiviti program tersebut, selepas itu, pada pukul 8 kami pun berehat dan menjamu sarapan yang disediakan oleh AJK makanan iaitu sandwich dan ai teh.Selepas habis bersarapan , kami pun memulakan aktivtiti menanam pokok Tecoma.




  Selepas itu, kami pun menjalankan tugas kami dengan membersihkan kawasan pokok Tecoma masing-masing dengan membuang lumut yang lekat di pokok serta  menebas rumput. Setelah melakukan tugas tersebut, kami meneruskan tugas kami yang seterusnya dengan menambahkan tanah di sekitar pokok tersebut seterusnya ditaburkan baja. Setelah siap menlaksanakan tugas tersebut, kami pun membersihkan semua peralatan yang digunakan dan meletakkan di tempat yang sepatutnya. Akhirnya, kami telah pun berjaya melaksanakan projek tersebut dan sebelum bersurai kami dihidangkan makanan tengah hari yang dimasak oleh Dr Siti Zanariah iaitu nasi goreng cina .   
   
    Sekian la, aktiviti yang dijalankan oleh kami semasa projek ini dilangsungkan. Harap pokok Tecoma dapat berbunga dengan cantik dan menceriakan landskap FSSK. 

MEETING PROJEK FOR LAST

   
      Pada 19 November 2019, kami kumpulan 13 telah mengadakan satu mesyuarat akhir pada waktu tengah hari di lobi FSSK sebelum hari projek dijalankan esok pagi. Kami berkumpul untuk memaklumkan semua peralatan yang hendak digunakan untuk menanam dan memberi baja kepada pokok Tecoma telah disediakan semua serta memastikan setiap program yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar mengikut strategi.

       kami diberi taklimat oleh pengarah projek serta pensyarah tentang maklumat yang penting yang harus dibawa semasa hari projek keesokan hari selain setiap AJK juga memberitahu apa yang harus dilakukan semasa menjalankan projek Tecoma tersebut serta menyuruh setiap individu memakai pakaian yang sesuai untuk melakukan projek tersebut.

TECOMA SITE VISIT

     Pada 9 Oktober 2019,kami dari kumpulan 13 dari kursus ppd1041 telah membuat satu projek tentang cara menceriakan landskap di sekitar FSSK dengan memelihara dan memulihara pokok Tecoma. kami sekelas telah dibawa oleh Dr Siti Zanariah untuk melawat ke tapak pokok Tecoma yang hendak dijalankan di sekitar kawasan fakulti sains sosial.  Terdapat banyak pokok Tecoma yang ada di sekitar FSSK.

     Semasa berada di kawasan pokok Tecoma tersebut, kami diberi pengetahuan tentang pokok serta penjelasan daripada pensyarah . Selain itu, kami juga diberi tugasan setiap individu untuk menjaga setiap pokok yang dipilih hasil dari cabutan undi yang dilakukan. Selepas habis melawat ke tapak projek yang hendak dijalankan kami pun balik ke kelas dan membincangkan strategi yang hendak dilakukan terhadap pokok Tecoma tersebut. 

Gambar di atas ini merupakan gambar pokok Tecoma yang ada di UNIMAS yang berdekatan dengan jambatan. Gambar ini diambil semasa musim pokok Tecoma yang berbunga dengan cantik sekali pada bulan September tahun 2019 ini. 

BLOG ABOUT MYSELF


Hi, first, I want to introduce myself. The name given is Jenny Agal. I'm 20years old this year, I born on 9 september 1999 at Hospital Umum Sarawak. I'm the third of four siblings. Now, I am pursuing a degree course in social science and humanities programs. In the course of industrial relations labor and first year student at the public university of UNIMAS.
Besides, I also love to participate in sports activities because my passion for sports is very deep. In addition, I also enjoy spending my free time with something fun .Example cooking in the kitchen, trying out new recipes and exploring the delicious food. That’s all about me. Thanks!

Tuesday, November 12, 2019

SEJARAH CAIS UNIMAS

The Centre for Academic Information Services (Cais), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) was established in early 1993 and began its operation in May 1993. CAIS started providing services and faculties to users especially to the pioneer batch of  students and academics at Jalan Taman Budaya , Kuching before migrating to VTSL in July 1995. Then, in March 2005, CAIS had migrated to a New integrated Library System, which consists of 3 main subsystems i.e. Library Management System and Extended Modules . On 6 February 2006, CAIS officially started operation in the New building. 


In the picture shows level 1 is the place to find information about Reference Collection, Open computer Lab, Discussion Rooms & Carrel Rooms. Then level 2 have a place  for  the  muslims  people want to pray rooms, and also have book about Science and  Technology in that level.





BUKU DI CAIS UNIMAS

                                                                                 



Ini adalah antara buku yang ada di CAIS UNIMAS yang disusun dengan rapi dan kemas. Hal Ini memudahkan kerja pelajar untuk mencari buku dengan senang kerana semua buku sudah tersusun mengikut edisi dan terbitan buku  di setiap rak buku.







kami diberi tugasan oleh pensyarah untuk mencari sebuah buku untuk dibaca dan membuat analisis tentang buku yang dipinjam serta menulis sinopsis, terbitan, edisi , tahun dan lain-lain yang berkaitan dengan buku tersebut.










    NAMA BUKU:        MALAYSIAN POLITICAL MYTHICS 
   TERBITAN BUKU: 1990
    PENULIS BUKU:   DR. KUA KIA SOONG
    SINOPSIS BUKU: The range of issues expressed in this collection 
                                   reveals a concern for Malaysia, her people as
                                   well as a deep sense of internationalism . His 
                                   efforts at exploding myths and mystifications 
                                   are to him no more than the ordinary citizen's
                                   duty to speak out in the defence of truth, freedom
                                   ,democracy, human rights and social justice.